Penyanyi Waris mengakui banyak perubahan yang berlaku terhadap dirinya selepas mempunyai anak.

Menurut Waris, sebelum ini dia sangat cerewet dalam memilih pasangan berduet namun kini lebih terbuka selepas mempunyai anak.

"Sejujurnya dulu saya memang seorang yang cerewet dalam memilih karya dan pasangan penyanyi untuk bekerjasama.

"Namun selepas mempunyai anak, semuanya berubah kerana bagi saya tiada apa yang sempurna.

"Semenjak menjadi ayah, saya rasa lain dan sekarang ini saya lebih terbuka untuk bekerjasama dengan penyanyi baru serta mahu memberi peluang kepada mereka," katanya kepada Gempak.

Waris berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran single Deru bersama Xpose Band di Red Box, The Garden Mall, Petaling Jaya pada Selasa.

Terdahulu, Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias telah berkahwin dengan isterinya, Izzati Amirah Kamaruddin pada 3 Ogos 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata.