VIRAL
"Seminggu Anak Isteri Demam" - Imam Muda Asyraf Tak Dapat Beraya
Pendakwah Imam Muda Asyraf terpaksa beraya di hospital selama seminggu demi menjaga isteri dan anak-anaknya yang dimasukkan ke wad.
Asyraf sekeluarga meraikan Syawal di kampung halamannya di Pulau Pinang.
Sehubungan itu, Asyraf memaklumkan dia perlu menangguhkan hasrat untuk menziarah sanak-saudara dan kenalan rapatnya sehingga keadaan keluarganya stabil.
"Mohon maaf dipinta buat semua pak cik, mak cik, guru-guru, saudara mara dan rakan kenalan.
"Raya tahun ini tak dapat saya penuhi hajat rumah terbuka mahupun menziarahi kalian (saudara-mara dan kenalan rapat) kerana sudah seminggu anak isteri demam dan masuk 5 hari anak saya kena tahan di wad hospital.
"Walau raya kali ini saya cuti sangat panjang, merancang untuk cover ziarah sepuas-puasnya, namun Allah sebaik-baik perancang.
"Doakan kami sekeluarga terus menerus dalam kebaikan," tulisnya di Instagram.
A post shared by Asyraf Ridzuan (@imammudaasyraf) on
Perkongsian Asyraf mendapat simpati daripada pengikut Instagramnya dan mendoakan keluarganya lekas sihat.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @imammudaasyraf
Must-Watch Video