Seminggu Bersalin, Jaclyn Victor Dah Buat Persembahan Penutup Sukan Sea 2017, Peminat Komen- Hebatnya!

Mya Amri
Ogos 31, 2017 06:11 MYT
Penyanyi Jaclyn Victor mendedahkan baru sahaja melahirkan anak keduanya pada Khamis lalu.
Perkara itu dikongsi Jaclyn atau lebih mesra dengan panggilan Jac menerusi akaun Fecebook dan Instagramnya pada pagi Khamis.
Menerusi entri tersebut, Jac memberitahu anak keduanya itu berkongsi tarikh lahir sama dengan anak sulungnya, Jonah Joshiah Rivera yang dilahirkan dua tahun lalu.
“Mungkin anda tidak percaya, tetapi saya baru sahaja melahirkan anak pada Khamis lalu, genap seminggu.
“Mereka dilahirkan pada hari yang sama cuma pada tahun yang berbeza. Mereka nampak seperti kembar bukan?
“Saya juga turut menyambut hari lahir ke-2 Jonah di hospital bersama keluarga dan sahabat terdekat,” tulisnya.
Sementara itu, menerusi ruangan komen, pengikut Jac rata-ratanya meluahkan rasa kagum kerana Jac berjaya memukau penonton dengan persembahan hebat bersama Vince Chong pada majlis penutup Sukan Sea 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil menerusi lagu Together We Rise, semalam.
Foto: Instagram Jaclyn Victor
Teks oleh: Mya Amri
#Penyanyi #Anak #Jaclyn Victor #Penyanyi