Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Seminggu Mimi Lana Menangis Potong Rambut Pendek - "Bukan Sebab Putus Cinta Atau Murung Tapi ..."

Shahrin Zulkifle
15/10/2022 04:00 MYT
Pelakon Mimi Lana mendedahkan dirinya pernah berasa sedih sehingga menangis setiap hari selama seminggu apabila dia terpaksa memotong pendek rambutnya.

Jelas pemilik nama lengkap Mimi Roziana Zainal Abidin, 27, dia mengakui rambut merupakan anggota paling penting buat dirinya namun terpaksa dikorbankan demi menjayakan sebuah watak dalam filem terbaharu lakonannya yang bakal keluar nanti.

“Rambut saya adalah segalanya, memotong rambut pendek bukan lah satu benda yang indah buat perempuan macam saya.

“Tapi atas tuntutan karakter untuk filem yang akan datang, saya terpaksa jugak potong. Sebab karakter yang saya bawak memang tidak sesuai berambut panjang.

“Bila rambut pendek ni, saya rasa hilang semua benda, hampir setiap hari menangis masa minggu pertama. Tapi lama-lama dah biasa dah,” katanya.

Mimi berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram miliknya.

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Dalam pada itu, Mimi turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dia memotong pendek rambutnya adalah disebabkan menghadapi masalah kemurungan dan putus cinta.

“Kepada semua yang selalu tanya saya, kenapa? Tak suka lah rambut macam ni, sampai ada pernah cakap saya murung, putus cinta lah macam-macam lagi, bukan sebab itu ya, ini sebahagian dari kerja.

“Makin lama saya berlakon, sebenarnya makin banyak cabaran yang datang. Tidak boleh hanya korbankan perasaan dalaman tetapi luaran juga. Saya tetap suka kerja saya.

“Saya harap saya menang Oscar satu hari nanti, haha bergurau. Itu je nak kongsi, sayang semua,” tambahnya.

Sementara itu, diruangan balas, ramai yang memuji penampilan Mimi yang kelihatan lebih cantik berambut pendek termasuk beberapa rakan selebriti seperti Fazura, Ziana Zain dan Sharifah Rose.

;