Hiburan

Seminggu Mimi Lana Menangis Sebab Potong Rambut Pendek - “Saya Rasa Tak Boleh Terima…”

gempak
Asyikin Mayudin
20/05/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Seminggu Mimi Lana Menangis Sebab Potong Rambut Pendek - “Saya Rasa Tak Boleh Terima…”
Pelakon Mimi Lana mengakui dia mengambil masa untuk menerima imejnya yang berambut pendek ketika dalam filem The Experts.

Tak Yakin Rambut Pendek

Menurut Mimi, keyakinan dirinya hilang selepas memotong rambut pendek dan hampir seminggu menangis disebabkan tidak biasa berimej seperti itu.
“Waktu saya potong rambut untuk The Experts ini, saya rasa hampir seminggu saya menangis-nangis. Sebab saya rasa tak boleh terima, tak boleh carry rambut itu.
“Jadi, baru sekarang ini saya nak rasa rambut panjang balik. Tolong jangan suruh saya potong rambut lagi,” kata Mimi kepada Gempak.

Ambil Masa Untuk Terima

Sudah biasa rambut panjang, Mimi bagaimanapun memberitahu lama-kelamaan dia terpaksa menerima imej itu biarpun pada mulanya sukar.

“Mungkin saya dah biasa rambut panjang dan tak pernah berambut pendek. Saya rasa kali terakhir saya rambut pendek, waktu saya sekolah dulu. Bila mereka minta saya potong rambut pendek, mulanya saya yakin.

“Okay boleh la! Tapi bila dah potong, saya rasa tak ada benda yang dapat tutup diri saya. Ini kali pertama saya rasa macam itu. Setiap kali bangun pagi, saya rasa ‘oh no, this is not me, tak sesuai dengan diri saya’.
“Saya rasa tak yakin dengan diri sendiri. Tapi lama-lama saya kena terima la,” ujarnya.

Bayaran & Skrip

Ditanya adakah dia sanggup memotong lagi rambutnya jika mendapat bayaran tinggi, pelakon drama siri Astro Originals Framed ini berkata dia akan melihat juga dari segi skrip sesebuah naskhah itu.
“Insya-Allah, (potong rambut jika dapat bayaran tinggi). Kita kena tengok la bayaran itu, berbaloi ke tak. Kita kena tengok skrip juga.
“Kalau skrip itu menuntut kita berambut pendek, tak boleh panjang, kita kena potong la. Apa-apa pun kita tengok pada skrip la,” kata Mimi lagi.
Mimi ditemui ketika malam gala filem The Experts di TGV Cinema, Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, pada baru-baru ini.
Selepas filem Sheriff yang masih ditayangkan mendapat sambutan yang luar biasa, Astro Shaw bakal tampil dengan satu lagi karya agung menerusi filem The Experts.
Filem aksi heist, The Experts terbitan oleh penerbit filem pecah panggung Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures bersedia untuk temui penonton bermula 23 Mei depan di pawagam seluruh negara.
Filem arahan pengarah blockbuster Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nazim Shah pengarah filem J2: J Retribusi memperlihatkan gandingan pertama kali bintang-bintang hebat tanah air iaitu Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak dan Ray Dapdap sebagai lima beradik yang membuat perancangan terbesar untuk merompak.

Sinopsis

Kisah The Experts bermula selepas sedekad lima adik beradik meninggalkan kegiatan merompak dan kemudian kembali berkumpul kerana satu ugutan.
Mereka mendapat arahan daripada gangster terkenal untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar yang berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lalu.
Bagaimana harus mereka berdepan musuh dan melindungi keluarga mereka? Adakah misi ini akan menjadi kali terakhir lima adik beradik ini bersama?

BERITA TRENDING: Di Antara Pertalian Darah & Pertaruhan Berani, ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya

BERITA TRENDING: Mimi Lana Sokong Gerakan Blockout 2024 - “Tapi Jangan Buat Isu Ini Sampai Kita Berpecah Belah”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live