Hiburan
Semoga Adik Firdaus Dullah Tenang Di Sana...
Pada 21 Jun lalu, nama Muhammad Firdaus Dullah meniti di bibir rakyat Malaysia selepas dia ditemui dalam keadaan menyedihkan di rumahnya di Nilai.
Keadaannya yang kurus kering ditinggalkan pula di dalam bilik yang kotor dipenuhi najis telah mengundang rasa simpati, marah, sedih rakyat Malaysia.
Namun, pada Ahad, 14 Oktober 2015 adik Firdaus telah kembali ke rahmatullah akibat diserang sawan ketika makan tengahari.
Jenazah adik Firdaus, 16, selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said di Seremban, 1.45 petang Isnin.
Kira-kira 100 individu hadir ke majlis berkenaan termasuk ibu remaja itu, Lolanopita Sadi, 41, kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Rumah Perlindungan Tuanku Ampuan Najihah dan penduduk.
Sebelum itu jenazah disolatkan Masjid Negeri, di sini dan dihadiri kira-kira 100 jemaah.
Imbas kembali rentetan kes adik Firdaus yang menjadi viral pada tahun lalu:
21 Jun 2014: Firdaus ditemui terkurung dalam keadaan tubuh kurus kering dalam sebuah bilik yang dipenuhi najis dan sampah-sarap di sebuah flat (dipercayai kediamannya bersama ibu dan adik). Ketika ditemui Firdaus berusia 15 tahun.
22 Jun 2014: Ibu Firdaus, Lolanopita Sadi, 41, diberkas polis pada jam 9 malam dan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001.
23 Jun 2014: Hasil pemeriksaan, Firdaus didapati tidak diberi makanan berbulan-bulan atau mendapat makanan berkhasiat menyebabkan badannya kurus-kering.
24 Jun 2014: Berat badan Firdaus naik 2kilogram daripada 15 kilogram ke 17 kilogram sejak dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar.
25 Jun 2014: Tempoh tahanan reman ibu Firdaus dilanjutkan tiga hari selepas bapa tirinya memberi keterangan.
26 Jun 2014: Berat badan Firdaus semakin meningkat dan sudah boleh berinteraksi dengan doktor, jururawat dan orang ramai.
27 Jun 2014: Ibu Firdaus dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban atas dua pertuduhan mengikut Akta Kanak-kanak 2001.
30 Jun 2014: Adik Firdaus diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk ditempatkan Rumah Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah diselepas 9 hari dirawat di hospital.
7 Julai 2014: Proses pemindahan Firdaus ke Rumah Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah dilewatkan kerana hospital mahu terus memberikan raawtan terbaik buatnya.
9 Julai 2014: Firdaus diserang sawan dan demam panas menyebabkan proses Proses pemindahan Firdaus ke Rumah Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah ditangguhkan.
17 November 2014: Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara empat bulan dan denda RM10,000 terhadap ibu Firdaus atas dua kesalahan mengabaikan dan meninggalkan anaknya tanpa pengawasan sewajarnya.
14 Oktober 2014: Firdaus diserang sawan ketika menikmati makan tengah hari besama penghuni lain di dewan makan Rumah Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah. Firdaus yang mengidap Celebral Palsy atau lumpuh otak di bawa ke Hospital Tuanku Ja’afar dengan ambulans namun disahkan meninggal dunia pada jam 1.15 petang.
Olahan Semula: Hafiza Kamarudin
Sumber: Harian Metro