Pengacara dan usahawan Neelofa tampil memberi kata-kata semangat kepada orang ramai berhubung perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bakal bermula esok.

Nasihat tersebut diluahkan Neelofa menerusi satu posting di Twitternya, hari ini.

Menurut Neelofa, dia mendoakan supaya mereka yang terkesan sentiasa dimurahkan rezeki biarpun menghadapi cabaran PKP.

“Buat yang terkesan dengan PKP seperti usahawan dan freelancers, semoga Allah swt sentiasa lapangkan rezeki kalian dari pelbagai sudut.

“Buat yang masih mempunyai kerja dan bekerja secara work from home kerjalah dengan penuh ikhlas dan bersyukurlah masih ada rezeki bekerjaya,” katanya.

Sehingga artikel ini ditulis, posting berkenaan telah dikongsi sebanyak 1,200 kali dan menerima 2,500 likes, biarpun baru sejam dimuat naik.

Rata-rata netizen turut mendoakan orang ramai menjalani PKP dengan tenang dan setiasa sabar dengan dugaan.

Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam Rabu ini hingga 26 Januari depan.

Enam negeri terbabit adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

BACA: PM Umum PKP 2.0, Orang Ramai Setuju Keputusan Tegas Kerajaan