“Semoga Allah Pelihara Anak Ini…”- Syatilla Melvin Kongsi Imbasan Bayi Kedua

Syafiqah Jalal
Oktober 22, 2018 11:30 MYT
Pelakon Syatilla Melvin teruja berkongsi imbasan bayi keduanya di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri tersebut, Syatilla memuat naik rakaman video ketika imbasan bayi dilakukan.
Menurut isteri kepada Shaheizy Sam itu dia tidak sabar untuk berehat daripada menjalani penggambaran sebuah drama.
“Semoga allah pelihara anak ini selamanya..amin ya rab. berapa hari saja lagi nak habiskan shooting,lepaihtu boleh rest sungguh-sungguh sebab badan penat tuhan ja la yang tau.
“Bapak hang tak betoi la ibu rasa,nak beli belt dgn seluaq kat anak yg besaq buah oren dalam peqhot,” tulisnya.
Rata-rata turut teruja melihat imbasan tersebut dan sudah mula meneka jantina bayi mereka.
Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata Syeriv Samheizy berusia setahun.
#Anak #Shaheizy Sam #Syatilla Melvin #Imbasan