Hiburan
"Semoga Allah Sentiasa Jaga Silaturahim Kita Berdua" - Sweet! Ini Ucapan Rizalman Sempena Hari Lahir Neelofa
Pelakon dan usahawan, Neelofa menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-31 hari ini.
Pereka fesyen tersohor yang juga teman rapat Neelofa, Datuk Rizalman Ibrahim telah menulis ucapan istimewa buat bekas hos MeleTOP itu.
"Semoga Allah sentiasa menjaga silaturahim kita berdua dan dipelihara sentiasa di bawah rahmat-Nya dengan perkara-perkara yang diredhai oleh-Nya jua," tulis Rizalman di laman Instagram.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Rizalman di ruangan komen.
Rata-rata mereka meninggalkan respon positif dan mengusik tentang kemesraan persahabatan Rizalman dan Neelofa.
Dalam perkembangan lain, Rizalman kini sedang menjurikan program Dansa Dan Sing yang memasuki konsert separuh Akhir minggu ini.
Koreografer Linda Jasmine turut diberi kepercayaan sebagai juri tetap untuk bergandingan dengan Rizalman.
Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123) mulai 5 Januari 2020.
Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!