“Semoga Allah Terima Umrah Kami” - Raja Permaisuri Agong & Anakanda Tunai Umrah

Azwa Rahman
Disember 29, 2019 19:27 MYT
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama anakandanya kini berada di tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.
Menerusi laman sosial Twitter, baginda dan anakandanya berkongsi perkara itu untuk tatapan umum.
“May Allah accept our umrah,” tulis puteri keempat baginda, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah menerusi satu kicauan.
Dalam pada itu, baginda turut berkongsi tiga kicauan mengenai keberangkatannya ke Tanah Suci dalam tulisan jawi.

May Allah accept our Umrah pic.twitter.com/ggxb54fwkL

— TPA (@tengkuafzan1) December 29, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Antara tiga kicauan dalam tulisan jawi tersebut memohon supaya semua rakyat mendoakan keselamatan baginda sekeluarga sepanjang berada di Tanah Suci.
Hasil tinjauan Gempak, rata-rata rakyat Malaysia mendoakan agar keberangkatan baginda ke Tanah Suci dilindungi Allah S.W.T serta mendapat umrah yang mabrur.
“Mohon tuanku doakan saya diberikan kesihatan yang baik dan dilepaskan dari segala bentuk Ujian. Doakan kami berpeluang menjejakkan kaki ke sana,” tulis seorang wargamaya.
“Take care kat sana Tengku, moga urusan Tengku dan keluarga dipemudahkan,” kata seorang wargamaya.
“Tuanku jangan lupa doakan saudara-saudara Uyghur dan di negara bergolak lain,” pinta seorang wargamaya lagi
Keluarga Diraja tersebut turut berkongsi beberapa keping foto sepanjang mereka disana dan ia telah mendapat ribuan ulang kicau daripada warga Twitter.
#Umrah #Agong #Kerabat