Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Semoga Anak Ayah Panjang Umur & Sentiasa Dimurahkan Rezeki" - Ucapan Tomok Buat Hari Lahir Anaknya

Asraf Aided 30/05/2019 | 07:26 MYT
Penyanyi Tomok menulis ucapan buat anak sulungnya Arrianshah Akid yang menyambut ulang tahun kelahiran ketujuh semalam.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Tomok mendoakan Arrian agar dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki serta membesar menjadi seorang anak yang soleh.
"Selamat ulang tahun ketujuh buat Arrianshah Akid hari ini (ditulis semalam).
"Semoga anak ayah panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki, ayah dan ibu selalu doakan Arrian dan Andra menjadi anak yang soleh, hormat orang tua dan belajar rajin-rajin.
"Hari ini ayah belanja toys okay, happy birthday Arrian, ayah, ibu dan adik sayang Arrian," tulisnya sebagai kapsyen.
Di entri itu, Tomok berkongsi sepotong video Arrian menyanyikan lagu raya menarik perhatian netizen yang memuji kecomelannya di ruangan komen.
Tomok mula mendirikan rumah tangga bersama pasangannya Rahayu Abbas pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrianshah Akid dan Andrashah Iman.
Untuk perjalanan kariernya pula, penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini mulai aktif di industri hiburan pada tahun 1999 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

selamat ulangtahun yang ke 7 buat arrianshah akid hari ni..semoga anak ayah panjang umur dan sentiasa di murahkan rezeki . ayah dengan ibu selalu doakan arrian dan andra jadi anak yg soleh,hormat orang tua dan belajar rajin-rajin . hari ni ayah belanja toys ok..happy birthday arrian..ayah,dibu dengan adik sayang arrian . terimalah sebuah lagu raya dari birthday boy..salam subuh guys ????

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

#Tomok
;