Hiburan

"Semoga Cepat Sembuh ..." - Anak Angkat Aliff Syukri & Shahida Masuk Hospital

gempak
Zulaikha Yusof
18/01/2019
04:19 MYT
Sponsor Banner
"Semoga Cepat Sembuh ..." - Anak Angkat Aliff Syukri & Shahida Masuk Hospital
Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida memberitahu anak angkatnya, Qayyum telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami campak berjangkit.
Menerusi entri di Instagram (IG) miliknya, Shahida berkongsi rakaman video keadaan Qayyum ketika menunggu untuk ditahan di hospital.
Shahida juga menyatakan ini merupakan dugaan untuk dirinya memandangkan anaknya, Yusoff Al Qardawi masih menyusu badan.
"Semoga cepat sembuh..Cepat balik.
"Dugaan mama juga mana qayyum mana yusoff menyusu lagi..Mudahan dipermudahkan," tulisnya secara ringkas.
Rata-rata pengikut Shahida meninggalkan komen dengan mendoakan semoga Qayyum cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa.
Malah, ada yang segelintir netizen memuji dengan cara layanan Shahida terhadap Qayyum.
Shahida dan suaminya, Aliff Syukri berkahwin pada tahun 2007.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi.
Pasangan ini mengambil anak angkat pada tahun lalu iaitu Ameena pada bulan Oktober dan Qayyum pada bulan Disember.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024