"Semoga Diberikan Kesembuhan Dengan Segera .." - Bapa Mertua Tomok Diserang Strok

Zulaikha Yusof
Disember 24, 2019 00:21 MYT
Penyanyi Tomok berkongsi mengenai keadaan kesihatan bapa mertuanya, Abas Mohd Saidon.
Jelas Tomok, bapanya telah diserang strok ketika berada di rumah.
Dalam pada itu, Tomok turut memohon agar bapanya segera diberi kesembuhan seperti biasa.
"Semoga diberikan kesembuhan dengan segera buat bapa mertua saya Abas bin Mohd Saidon
"Abah kena strok siang tadi di rumah..Mohon doa dari kalian semoga abah cepat sembuh seperti sedia kala..Amin," tulisnya.
Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya baru-baru ini.
Di samping itu, isteri Tomok Rahayu Abas turut berkongsi dengan memuat naik foto ayahnya.
"Semoga abah cepat sembuh..Doakan abah saya yer. Allah beri dugaan untuk sesuatu nikmat dan hikmah yang besar," tulis Ayu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan kesihatan ayah pasangan tersebut.
Tomok dan Ayu berkahwin pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrian dan Andrashah Iman. Kini, Ayu sedang hamil anak ketiga.
#Penyanyi #Tomok #Penyanyi