Laman Utama

“Semoga Hidayah Milik Mereka Yang Berlidah Puaka…” - Syifa Melvin

gempak
Shahrin Zulkifle
07/02/2023
09:00 MYT
Sponsor Banner
“Semoga Hidayah Milik Mereka Yang Berlidah Puaka…” - Syifa Melvin

Perkongsian terbaharu pempengaruh media sosial, Syifa Melvin di Instagram Stories miliknya telah menarik perhatian apabila dia seakan meluahkan sesuatu mengenai sikap seseorang yang mengutuk orang lain.

Menerusi hantaran tersebut, Syifa yang juga isteri kepada pemain bola sepak negara, Safawi Rashid berkata biarlah memiliki rupa paras yang biasa namun jangan ada sikap suka mengutuk orang lain.

“Kita ni biarlah rupa paras biasa-biasa, biar tak berduit, tapi jangan suka mengutuk orang tak tentu hala.

“Macam lah orang tu buat salah besar dekat awak, yang asyik kutuk-kutuk tu kita tak kenal dia dan dia tak kenal kita,” katanya.

Pun begitu, kepada siapa perkongsian tersebut ditujukan tidak dinyatakan Syifa.

Dalam pada itu, Syifa turut mengingatkan orang ramai agar menggunakan akal fikiran yang dikurniakan Tuhan dengan sebaiknya selain tidak mengamalkan sikap terkutuk itu.

“Kita yang lain ini yang Allah kurniakan akak fikiran yang waras, yang masih boleh berfikir, masih punya hati yang baik jangan duk mengata orang ok.

“Orang kita kutuk tu tak rasa pun, kita je yang panas baran tak semena mena. Semoga hidayah milik mereka yang berlidah puaka,” tambahnya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live