,
Gaya Hidup

“Semoga Ibu, Keluarga, Orang Kampung Saya Dalam Keadaan Baik...” - Datuk Seri Siti Nurhaliza Risau

Badrul Hashim
04/01/2021
02:20 MYT
Hujan lebat dan musim banjir yang mulai melanda beberapa negeri di Malaysia sememangnya membimbangkan semua rakyat, apatah lagi di kawasan-kawasan yang sebelum ini tidak dilanda banjir turut terlibat.
Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga turut melahirkan kerisauannya di Instagram miliknya dan memohon doa serta bantuan daripada orang ramai.
"Membaca berita, melihat paparan gambar dan video banjir di sana sini, jalan rosak, rumah dan bangunan tenggelam, banyak kemusnahan, kenderaan juga terkandas.
"Ada yang berlapar, tidak dapat meneruskan perjalanan serta tidak dapat bergerak ke mana-mana, keadaan banjir dan air naik dengan cepat, begitu membimbangkan," tulis Siti.
Tambah Siti lagi, dia berharap semua orang dapat sama-sama berdoa untuk mereka mengharungi ujian yang menimpa sebilangan orang ketika ini.
"Pada saat ini, marilah kita sama-sama berdoa agar ujian ini dapat kita harungi bersama-sama. Doa, tenaga, huluran bantuan dan apa yang kita mampu, termasuk pihak-pihak berkuasa yang saya pasti sedang bertugas, semoga Allah permudahkan dan melindungi kalian.
"Semoga hujan semakin reda, air juga akan cepat surut dan anda yang dalam perjalanan, dapat sampai ke destinasi dengan selamat.
"Semoga ibu, keluarga, orang kampung saya di Kuala Lipis, Pahang juga dalam keadaan yang baik dan dilindungi Allah untuk kita semua walau di mana saja kita berada," tulis Siti lagi.
Kedaan banjir terutamanya di negeri-negeri di Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang, serta negeri Johor agak membimbangkan apabila hujan turun tidak berhenti-henti.
Kredit Gambar: Instagram ctdk
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Cipta Nama Di Luar Negara, Nasihat Siti Nurhaliza Buat Pelapis Baharu - “Selalu Juga Cabar Diri Dengan Cara Nyanyian Yang..”

gempak
21/11/2024
02:55 MYT
Menurut pelantun lagu Aku Cinta Padamu itu, sekiranya mempunyai rezeki untuk melebarkan sayap ke negara luar mereka tidak seharusnya mensia-siakan peluang tersebut.
Hiburan

Pengurus Kongsi Reaksi Pertama Siti Nurhaliza Ketika Terima Berita Anugerah Biduanita Negara - “Saya Ambil Masa Empat Hari Untuk..”

gempak
16/11/2024
07:30 MYT
Pengurus kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak  berkongsi video reaksi pertama penyanyi itu ketika mengetahui bakal menerima Anugerah Khas Biduan Negara.
Hiburan

Gadis Kampung Lipis Ke Biduanita Negara, Siti Nurhaliza Tak Sangka Boleh Bertahan - “Sabar Anda Berbaloi”

gempak
16/11/2024
03:55 MYT
Penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini sendiri mungkin tidak percaya bahawa dia boleh bertahan dengan segala dugaan dunia hiburan sehingga menjadi seorang individu yang amat disegani ramai.
Hiburan

Siti Nurhaliza Syukur Terima Gelaran Biduanita Negara, Tiada Dalam Impian - “Bila Niat Kita Ikhlas Perkara Yang Bagus Akan….”

gempak
14/11/2024
12:55 MYT
Menurut penyanyi nombor satu negara itu, beliau percaya apabila seseorang itu mempunyai niat yang ikhlas pasti perkara-perkara baik akan datang kepadanya.
Hiburan

Dianugerahkan Biduanita Negara, Siti Nurhaliza Zahirkan Rasa Syukur - "Ini Lambang Penghargaan Semua Insan Seni Tanah Air"

gempak
13/11/2024
15:27 MYT
Dalam satu kenyataan media, pelantun yang popular dengan lagu Aku Cinta Padamu itu berkata beliau tidak melihat anugerah itu sekadar pengiktirafan kepada pencapaian kerja seninya semata-mata.
Unitar