Semoga Kamu Sihat, Harap Mama Dapat Memelukmu – Doa Acha Septriasa Untuk Bayi Dalam Kandungan

Mya Amri
Ogos 29, 2017 11:42 MYT
Pelakon terkenal Indonesia, Acha Septriasa berdoa agar bayi di dalam kandungannya yang kini berusia lapan bulan sentiasa berada dalam keadaan sihat.
Menurut Acha, sebagai ibu dia tidak sabar untuk bertemu dan memeluk anak sulungnya itu tidak lama lagi.
Perkara itu diluahkan oleh Acha menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi beserta satu foto yang merakamkan dirinya sedang memegang perutnya sambil tersenyum.
“Puteri kecil, semoga kamu sihat, harapan Mama semoga kita cepat bertemu dan mama bisa merasakan memeluk mu, menggapai jari-jari tangan mu yang selama ini kupeluk dalam rahim ku. @kenkawitana @the_fotografia )," tulisnya.
Sementara itu, para peminatnya juga turut meninggalkan kata-kata positif dan mendoakan supaya kedua-duanya sihat dan dipermudahkan urusan bersalin.
Terdahulu, Acha dan Vicky Kharisma berkahwin pada 11 Disember tahun lalu.
Foto: Instagram Acha Septriasa
Teks oleh: Mya Amri
#Acha Septriasa #Pelakon Indonesia #Hamil #Hamil