Hiburan
"Semoga Keindahan Rumah Tangga Kami Berkekalan Selamanya" - Dr. Sheikh Muszaphar Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-8
Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, 46, menyambut ulang tahun perkahwinan kelapan bersama isterinya Datin Dr. Halina pada hari ini.
Menerusi sebuah entri di Instagram, Muszaphar telah memuat naik sekeping foto bersama Halina berserta ucapan buat isteri tercintanya itu.
"Hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan kami, sudah lapan tahun kami mendirikan rumah tangga bersama.
"Saya mula-mula mengenali Halina ketika dia masih salah seorang dari pelajar saya di Pusat Perubatan Unversiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
"Saya lebih tertarik pada kebijaksanaan berbanding kecantikkan yang dimilikinya.
"Semoga keindahan rumah tangga kami berkekalan selamanya, Amin," tulisnya sebagai kapsyen.
Pada masa yang sama, Muszaphar turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi ucapan serta mendoakan mereka berdua.
Must-Watch Video