Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Semoga Kuat Melawan Penyakit…”- Bapa Mentua Jatuh Sakit, Saharul Ridzwan Pohon Doa

Syafiqah Jalal 30/10/2019 | 10:51 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan memohon agar semua mendoakan kesihatan bapa mentuanya, Mohamed Akif Emir yang kini terlantar di katil hospital.
Saharul memberitahu bapa mentuanya mula jatuh sakit sejak beberapa tahun lalu.
“Assalamualaikum. Minta jasa baik semua mendoakan bapa mertua saya, Mohamed Akif Emir supaya kuat untuk melawan penyakit yang ditanggung sejak bertahun dulu, diberikan kesihatan yang berpanjangan, dipanjangkan umur, disembuhkan dari segala penyakit dan dilindungi Allah setiap masa. Amin Ya Rabb,” tulisnya.
Saharul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia turut memuat naik foto bapa mentuanya yang terlantar di atas katil hospital.
Entri tersebut mendapat perhatian rakan artis serta peminatnya yang rata-rata turut mendoakan agar urusan bapa mentuanya dipermudahkan.
Saharul mendirikan rumah tangga bersama Qaabila Deena Amir pada 16 September 2016 dan dikurniakan seoarang cahaya mata lelaki Muhammad Luth Ali, dua tahun.

Assalamualaikum. Minta jasa baik semua mendoakan bapa mertua saya, Mohamed Akif Emir supaya kuat untuk melawan penyakit yang ditanggung sejak bertahun dulu, diberikan kesihatan yang berpanjangan, dipanjangkan umur, disembuhkan dari segala penyakit dan dilindungi Allah setiap masa. Amin Ya Rabb ??❤️

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

#Saharul Ridzwan #Sakit #hospital #Hospital #Sakit #Bapa Mertua
;