“Semoga Panjang Umur Kita Jumpa Lagi, Kalau Tak Insya-Allah Jumpa Di Syurga”- Noh Salleh & Mizz Nina Terbang Ke Syria

Syafiqah Jalal
Mei 20, 2019 05:10 MYT
Penyanyi Noh Salleh dan isteri, Mizz Nina terbang ke Turki bagi memulakan misi Ramadan Cinta Syria Malaysia yang kedua.
Noh berterima kasih kerana dia diberi kepercayaan mengagihkan bantuan rakyat Malaysia kepada saudara Islam yang memerlukan di sekitar sempadan Turki iaitu rakyat Syria dan Lubnan.
Noh meminta doa peminatnya agar perjalanan mereka selama 14 hari selamat dan dipermudahkan.
“Kami dah nak boarding menuju ke Turkey memulakan misi Ramadan @cintasyriamalaysia yang ke-2 . . Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengagihkan bantuan anda kepada saudara kita yang memerlukan di sekitar boarder Turkey, dalam Syria dan Lubnan.
“Make sure korang follow follow aktiviti harian kami melalui instastory dan sebagainya so korang nampak kemana arah tuju bantuan yang korang sumbangkan.
“Doakan perjalanan 14 hari yang mendatang. Semoga panjang umur kita jumpa lagi ditanah Malaya. Kalau tak, إن شاء الله jumpa di syurga. Sayang korang!” Tulisnya
Noh berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama Mizz Nina di dalam kapal terbang.
Ini bukan kali pertama mereka mengikuti misi bantuan tersebut.
Malah pasangan ini aktif menjalankan aktiviti amal
#Mizz Nina #Noh Salleh #Noh Hujan #Syria #Bantuan