Hiburan

“Semoga Segala Urusan You, Abdul Fattah Amin Dipermudahkan” - Sherry Ibrahim Titip Kata-Kata Semangat Buat Bekas Kekasih

gempak
Mya Amri
07/10/2024
11:04 MYT
Sponsor Banner
“Semoga Segala Urusan You, Abdul Fattah Amin Dipermudahkan” - Sherry Ibrahim Titip Kata-Kata Semangat Buat Bekas Kekasih
Pelakon, Sherry Ibrahim menjadi perhatian netizen selepas menitipkan kata-kata semangat buat aktor yang juga bekas kekasihnya, Fattah Amin.

Mohon Fattah kuat hadapi dugaan

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 41, mendoakan semoga urusan Fattah dipermudahkan oleh Allah SWT.
Dalam hantaran yang sama, Sherry berpesan Fattah harus tabah dalam melalui dugaan hidup ketika ini.

“Tabahkan hati, terima takdir yang telah ditentukan dan bangkit untuk mulakan hidup yang baru. Kuatkan diri demi Fatima, Ibu, Ayah dan adik-adik yang sentiasa ada di sisi.“Perjalanan hidup ini tidak mudah tapi dengan ketabahan, insya-Allah pasti akan membuka jalan untuk masa depan yang lebih baik.“Keep moving forward and semoga semua urusan you, Abdul Fattah Amin dipermudahkan,” coretnya.

Terdahulu, Sherry dan Fattah sebelum ini pernah bercinta sekitar tahun 2014 sebelum mengesahkan hubungan tersebut putus pada 2016.
Untuk info, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari pada pukul 9.45 pagi tadi.
Fattah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.
Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024