Pemain bola sepak, Zaquan Adha dan isteri, pelakon Ayu Raudhah telah selamat berangkat ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.

Menerusi sebuah entri di Instgram (IG) miliknya, Zaquan memohon semoga perjalanannya bersama isteri ke tanah suci akan dipermudahkan.

"Salam semua..Saya dan isteri akan berangkat menunaikan ibadah umrah.

"Semoga segalanya dipermudahkan dan doakan kami suami isteri mendapat umrah yang mabrur. Amin," tulisnya.

Salam semua..saya dan isteri akan berangkat menunaikan ibadah umrah..semoga segalanye dipermudahkan dan doakan kami suami isteri mendapat umrah yang mabrur..amin..

A post shared by zaquan adha (@zaqone_08) on


Sementara itu, Ayu turut berkongsi ketibaan mereka di Lapangan Terbang Jeddah kira-kira jam 10 malam tadi.

"Alhamdulillah dah selamat sampai di Lapangan Terbang Jeddah dengan mahram saya @zaqone_08," tulis Ayu sebagai kapsyen.

Alhamdulillah dah selamat sampai di Airport Jeddah with my Mahram umrah ? @zaqone_08

A post shared by Ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7) on


Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar ibadah Zaquan dan Ayu berjalan dengan lancar.

Ayu dan Zaquan telah mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha dan Muhammad Aisy Al Khaliq.