“Semoga Semuanya Berjalan Lancar ..” Alif Muhaimin Umrah Bersama Ibu & Adik Beradik
Zulaikha Yusof
21/01/2020 02:43 MYT
21/01/2020 02:43 MYT
Juara Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin kini sedang menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah.
Pemilik nama Alif Muhaimin Abdul Rahman berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, kelihatan Alif tidak keseorangan tetapi turut serta ibunya, Faridah Sheikh Mohamed dan adik beradiknya.
Alif berharap agar umrah yang dijalankan mabrur dan diberi peluang untuk datang lagi buat kali kedua.
“Umrah kedua in insya-Allah, semoga semuanya berjalan lancar. Masa berlalu begitu cepat di sini.
“It's hard to keep track of what day it is. Alip doakan semua bahagia sentiasa dan hidup dipermudahkan okay insya-Allah,” tulisnya.
Pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad turut berkongsi foto-fotonya ketika berada di tanah suci.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
Alif mula dikenali selepas mengalahkan Harris Annuar, Ikmal Amry, Safwan Nazri dalam program Hero Remaja dan kini dirinya sedang aktif berlakon.