Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Semoga Tenang Papa Di Sana”- Bapa Qi Razali Meninggal Dunia

Syafiqah Jalal
27/09/2022 10:43 MYT
Bapa kepada pelakon dan pengacara, Qi Razali iaitu Muhammad Razali Abdullah disahkan meninggal dunia malam tadi.

Qi atau nama penuhnya Qushairi Muhammad Razali berkongsi berita duka itu menerusi perkongsian terbaharu di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

"Ayah saya baru pulang ke rahmatullah malam tadi. Saya nak minta semua yang mengenali saya dan keluarga untuk sedekahkan al-Fatihah dan doakan yang baik-baik untuk arwah ayah saya, Muhammad Razali Abdullah.

"Jika dia pernah tersalah kata harap ampunkan, jika ada hutang yang belum langsai harap halalkan. Semoga tenang papa di sana," tulisnya.

Dalam entri yang sama dia memuat naik foto mesranya bersama bapa sebelum ini.

Menerusi perkongsian foto yang dimuat naik itu telah mendapat [perhatian pengikutnya termasuk rakan artis yang meninggalkan komen mengucapkan takziah kepada Qi.

A post shared by Qi Razali (@qirazali0808)

#Meninggal Dunia #Qi Razali #Bapa #Tenang #Papa #Semoga
;