Hiburan
"Semoga Terus Sihat, Banyak Sabar Di Setiap Langkah" - Suami Krisdayanti Selamat Jalani Pembedahan Katarak
Suami kepada penyanyi popular Indonesia Krisdayanti, Raul Lemos telah selamat menjalani pembedahan katarak mata di sebuah hospital perubatan mata di Jakarta, Indonesia.
Perkara itu dikongsi pelantun lagu Cobalah Untuk Setia itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan para pengikut.
Krisdayanti meluahkan rasa syukur kerana pembedahan itu telah selamat dilakukan serta mendoakan kesihatan suaminya itu.
"Alhamdulillah operasi kataraknya lancar Amor, ini effect dari operasi retina suami setahun lalu yang mengganggu mata kirinya.
"Sihat terus Amor, banyak sabar di setiap langkah dan dalam lidungan Allah yang pemurah.
"Insha-Allah aku akan selalu mendampingimu @raullemos06," tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Krisdayanti mendoakan kesembuhan buat Lemos, ada juga yang mendoakan kebahagian buat rumah tangga pasangan ini.
Sekadar info, Krisdayanti mendirikan rumah tangga bersama Raul Lemos pada tahun 2011.
Dalam industri hiburan pula, penyanyi ini mulai aktif pada sekitar tahun 1990 dan berjaya membina populariti sehingga kini.