Skip to main content

Berita Tempatan

"Semoga Tiada Lagi Perkara Buruk Berlaku" - Wan Maimunah Kembali Aktif Berlakon

wm-900x560.jpg
Pelakon senior berbakat, Wan Maimunah bersyukur kerana telah kembali aktif menjalani beberapa penggambaran drama tempatan setelah jarang kelihatan sejak kebelakangan ini.

Menurut Maimunah, dia berasa gembira dan berharap agar tiada lagi pihak yang melakukan perkara tidak baik kepadanya seperti sebelum ini.

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah, saya telah kembali aktif ke set penggambaran sejak sebelum bulan Ramadan baru-baru ini.

"Saya harap semuanya berjalan dengan lancar, semoga tiada lagi perkara buruk berlaku kepada saya selepas ini.

"Apa-apa pun yang kita lakukan, Tuhan sentiasa memerhatikan kita semua, saya tidaklah takut dengan tuduhan yang tidak berasas seperti yang dilakukan kepada saya sebelum ini," katanya kepada Gempak.

Tahun lalu, pelakon yang sinonim dengan watak sedih ini meluahkan rasa kesalnya apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mendakwa dirinya telah meninggal dunia ketika sedang sakit.

BACA : "Berita Meninggal Dunia Bukan Menyusahkan Saya, Tapi...." - Wan Maimunah

Sedikit info mengenai Maimunah, pelakon kelahiran Johor ini pernah merangkul trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) bagi ketegori Artis Komedi Wanita Popular selama lima tahun berturut-turut bermula edisi 1992 hingga 1996/1997.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video