Laman Utama
Sempat Koma, Bekas Ratu Cantik Brazil Meninggal Dunia Selepas Buang Tonsil
Bekas Ratu Cantik Brazil tahun 2018, Gleycy Correia meninggal dunia dua bulan selepas membuang tonsil dalam satu pembedahan.
Correia yang meninggal dunia pada usia 27 tahun dilaporkan telah mengalami pendarahan sehari selepas pembedahan dijalankan sebelum koma.
Dia kemudian mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan menyebabkan perempuan cantik ini meninggal dunia di klinik persendirian dua bulan selepas operasi pembedahan tonsilnya sukses.
“Kami amat berduka cita dengan kematiannya. Dia seorang wanita yang luar biasa dan disayangi oleh semua orang.
“Kehidupan kami tidak akan mudah tanpa senyuman dan kehadirannya lagi selepas ini,” ujar wakil keluarga Correia kepada media seperti dilaporklan The Washington Post.
Kematian Correia juga diratapi oleh Miss United Continents Organization yang menyifatkannya sebagai wanita cantik dengan personaliti hebat.
Sementara itu menurut laporan dari Mayo Clinic, prosuder membuang tonsil dilakukan oleh pakar dan biasanya pesakit akan mula pulih di antara 10 hingga dua minggu.