Laman Utama

“Sempat Sambut, Gugur Jantung Aku” - Hafiz Mahamad Kongsi Detik Cemas Isteri Pengsan Di Tandas

gempak
Mya Amri
27/07/2022
01:41 MYT
Sponsor Banner
“Sempat Sambut, Gugur Jantung Aku” - Hafiz Mahamad Kongsi Detik Cemas Isteri Pengsan Di Tandas
Personaliti media sosial dan juga usahawan kosmetik, Hafiz Mahamad berdepan detik cemas apabila isterinya, Syafiqah Aina pengsan di tandas.
Hafiz menceritakan insiden itu menerusi ruangan Insta Stories di Instagram miliknya.
Kata Hafiz mujur pada ketika itu dia menemani isterinya yang mahu ke tandas untuk membuang air kecil dan menukar pad.
“Bahaya sangat tadi Ya Allah. Dia kata nak buang air kecil dan tukar pad. Nasib saya teman dia ke tandas.
“Tengah saya tolong tukarkan pad tiba-tiba pengsan. Nasib baik sempat sambut. Bila sedar dekat katil dia ketawa.
“Aih mummy gugur jantung aku. Banyak darah keluar time bersalin tadi. Nurse kata sampai 500ml,” kongsinya.
Dalam pada itu, Hafiz juga turut mendedahkan nama anak lelakinya yang dilahirkan seberat 3.59kg.
“Assalamualaikum Rayqal Arees. Semangat anak lelaki daddy dan mummy (3.59kg).
“Ya Allah ramai sangat yang mendoakan. Rayqal pun anak awak juga. Terima kasih. Awak sahabat sahabat saya,” coretnya.
Terdahulu, Hafiz dan Aina berkahwin pada 24 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Raisya Narisa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024