Laman Utama

Sempena Hari Asyura, Isa Khan Bawa Risteena Ziarah Pusara Arwah Bapa - “Semoga Syurga Tempat Kita Bertemu”

Azwa Rahman
20/08/2021
13:50 MYT
Pelakon Isa Khan membawa isteri tercinta Nur Risteena menziarahi pusara arwah bapanya, Ali Dad Khan Zardad Khan bersempena hari Asyura yang disambut semalam.
Menerusi laman sosial Instagram, Isa berkongsi foto Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas yang berada di pusara beserta luahan rindu pada bapanya.
“Assalamualaikum WBT ba, ni petang tadi saya datang sempena hari Asyura, hari baik sangat. Saya datang bawa isteri tercinta saya tengok ba. Betapa hati ni berharap ba masih ada di sini, tetapi Allah SWT jauh lebih sayangkan ba.
“Tidak akan pernah lekang doa anakmu ini, kerana jasa dan pengorbananmu terhadap keluarga mu ini. Terlalu besar dan hanya Allah Azza Wa Jalla yang mampu membalasmu ba,” tulis Isa di ruangan kapsyen.
Di ksempatan itu juga, Isa turut menitipkan doa semoga bapanya diberikan ganjaran syurga.
“Ya Allah ya Tuhanku, peliharalah roh arwah ba dari seksa kubur dan azab api nerakamu ya Allah. Anugerahkanlah arwah ba, syurga terindahmu.
“Isteri tercinta saya @nur_risteena pun nak sangat jumpa ba. Semoga syuga Allah SWT menjadi tempat kita bertemu kembali. Alfatihah dibaca,” ujarnya lagi.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya turut mengirimkan bacaan surah Al-fatihah buat arwah bapa Isa.
Untuk rekod, Isa dan Risteena mendirikan rumah tangga pada 12 Mac lalu dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

“Esok Aku Mati Pun Tak Mahu Naik Batu Bagai” – Kak KM

gempak
15/04/2024
12:55 MYT
Kak KM berkongsi momen-momen sayu ketika menziarahi pusara ayahnya di Instagram
Laman Utama

Risteena Bertuah Dapat Isa Khan, Kumpul Pahala Di Bulan Zulhijjah - "Puasa Tak Nak Tinggal 10 Hari"

gempak
15/07/2021
07:20 MYT
Sangat bangga nak berkongsi tentang ini sebab saya sangat bersyukur memiliki awak sebagai suami.
Laman Utama

Risteena Kongsi Video Takut Disuntik Vaksin, Netizen Berpesan, “Esok Nak Ada Baby, Lagi Banyak Jarum Kena Cucuk”

gempak
06/07/2021
07:41 MYT
Tak sakit pun hehe.
Laman Utama

“Alhamdulillah, Selesai Dengan Cara Baik” - Isa Khan & Risteena Terbukti Tidak Menyalahgunakan Permit Merentas Negeri

gempak
26/03/2021
23:30 MYT
Mereka beri kerjasama yang baik.
Laman Utama

Polis Jalankan Siasatan Terperinci, Pasangan Selebriti Akan Dipanggil Sebaik Sahaja Pulang Dari Sabah

gempak
24/03/2021
01:50 MYT
Boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah!