Laman Utama

Sempena Hari Asyura, Isa Khan Bawa Risteena Ziarah Pusara Arwah Bapa - “Semoga Syurga Tempat Kita Bertemu”

gempak
Azwa Rahman
20/08/2021
13:50 MYT
Sponsor Banner
Sempena Hari Asyura, Isa Khan Bawa Risteena Ziarah Pusara Arwah Bapa - “Semoga Syurga Tempat Kita Bertemu”
Pelakon Isa Khan membawa isteri tercinta Nur Risteena menziarahi pusara arwah bapanya, Ali Dad Khan Zardad Khan bersempena hari Asyura yang disambut semalam.
Menerusi laman sosial Instagram, Isa berkongsi foto Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas yang berada di pusara beserta luahan rindu pada bapanya.
“Assalamualaikum WBT ba, ni petang tadi saya datang sempena hari Asyura, hari baik sangat. Saya datang bawa isteri tercinta saya tengok ba. Betapa hati ni berharap ba masih ada di sini, tetapi Allah SWT jauh lebih sayangkan ba.
“Tidak akan pernah lekang doa anakmu ini, kerana jasa dan pengorbananmu terhadap keluarga mu ini. Terlalu besar dan hanya Allah Azza Wa Jalla yang mampu membalasmu ba,” tulis Isa di ruangan kapsyen.
Di ksempatan itu juga, Isa turut menitipkan doa semoga bapanya diberikan ganjaran syurga.
“Ya Allah ya Tuhanku, peliharalah roh arwah ba dari seksa kubur dan azab api nerakamu ya Allah. Anugerahkanlah arwah ba, syurga terindahmu.
“Isteri tercinta saya @nur_risteena pun nak sangat jumpa ba. Semoga syuga Allah SWT menjadi tempat kita bertemu kembali. Alfatihah dibaca,” ujarnya lagi.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya turut mengirimkan bacaan surah Al-fatihah buat arwah bapa Isa.
Untuk rekod, Isa dan Risteena mendirikan rumah tangga pada 12 Mac lalu dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024