Hiburan

Sempena Hari Bapa, Mark Adam Kongsi Foto Mendiang Ayah - "Tak Banyak Ada, Sebab..."

gempak
Zulaikha Yusof
21/06/2020
10:00 MYT
Sponsor Banner
Sempena Hari Bapa, Mark Adam Kongsi Foto Mendiang Ayah - "Tak Banyak Ada, Sebab..."
Penyanyi dan pelawak Mark Adam, 41, berkongsi foto kenangan mendiang ayahnya sewaktu bekerja di Arab Saudi bersempena dengan hari bapa yang disambut hari ini (21 Jun).
Menurut Mark, setiap bulan bapanya akan menghantar gambar dan bertanyakan khabar keluarganya di Filipina.
"Untuk pengetahuan anda semua ini lah kualiti gambar-gambar 80’s terang kan???
"Masa ni ayah saya kerja di Saudi Arabia 1988 kalau tak silap! Dia kerja 2 tahun kat sana! Setiap bulan dia akan hantar gambar, bertanya khabar kami di Filipina," tulisnya di Instagram (IG).
A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on
Dalam pada itu, pelantun lagu Pencuri berkata dia tidak mempunyai banyak foto ayahnya dalam simpanan kerana tidak mempunyai kamera sendiri pada masa itu.
Malah, kata Mark atau nama Islamnya Fikri Mark Adam Abdullah, Filipina sering dilanda taufan dan menyebabkan banyak foto basah lalu rosak.
"Saya tak banyak ada gambar ayah dan keluarga sebab di Filipina kan selalu taufan semua gambar dah basah dan rosak. Dulu-dulu tak ada kamera sendiri.
"Tapi walau pun macam begitu kenangan di minda dan hati ada banyak dan tak kan padam, kenangan tu selalu segar.
"Saya nak ucapkan Happy Fathers Day kepada ayah saya dan semua ayah di luar sana semoga sihat selalu. Jangan risau Pa saya akan jaga Mak sampai akhir hayat.
"Korang jangan lupa call ayah dan bagitahu dia terima kasih ayah, sayang ayah," tulisnya lagi.
BACA: Sedihnya! Menitik Air Mata Tengok Mark Adam Terpaksa 'Berpisah' Dengan Ibu​
BACA: Dapat RM200 Duit Menang Nyanyi, Mark Adam Belikan Ibu TV Pada Usia 12 Tahun
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024