Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sempena Hari Guru, Pelajar Ini Hadiahkan Barang Kemas Untuk 10 Orang Cikgunya

Gempak
15/05/2024 23:55 MYT
Seorang kanak-kanak lelaki meraih perhatian netizen selepas memilih barang kemas sebagai hadiah untuk mualim dan mualimah di sekolahnya sempena kedatangan Hari Guru tahun ini.

Barang kemas

Menerusi sepotong video yang dikongsikan di TikTok, pelajar berusia 7 tahun itu dilihat mengunjungi sebuah kedai barang kemas popular untuk sambil ditemani ibu dan bapanya.

@nurashikindin Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah ❤️. 10 orang guru nya. Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru hafiy cantik2 ? #hadiahhariguru2024 #habibjewels #fypシ゚viral @HABIB Jewels ♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version - sped up 8282

“Hadiah Hari Guru 2024 daripada Hafiy Hadeef untuk mualim dan mualimah. Sepuluh orang gurunya.

“Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru Hafiy cantik-cantik,” tulis ibunya di TikTok.

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen terpegun dengan pilihan hadiah yang dibuat oleh kanak-kanak itu.

Menerusi balasan yang dibuat oleh ibu kepada kanak-kanak berkenaan, anaknya turut meminta supaya hadiah diberikan kepada peniaga-peniaga kantin di sekolahnya.





Sumber: TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: “3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A

ARTIKEL BERKAITAN: Hadiahkan Ibu Kereta Mewah, Zizan Razak Tak Ada Niat Nak Menunjuk – “Material Bukan Keutamaan”

#Barang Kemas #Hadiah Untuk Guru #Hari Guru 2024
;