BERITA

Sempena Hari Kebangsaan, Tonton 40 Filem Pecah Panggung Secara Percuma Di Astro & NJOI

Rozaimi Zubaidi 22/08/2019 | 07:40 MYT
Bersempena dengan Hari Kebangsaan Malaysia, Astro dan NJOI bakal menyiarkan 40 filem pecah panggung dan dokumentsri Malaysia secara percuba buat semua pelanggannya menerusi Malaysiaku (saluran 700).
Astro menerusi kempen Malaysiaku merangka dan mempamerkab kepelbagaian budaya di Malaysia serta terus mengingatkan tentang kekayaan warisan kita menerusi filem dan dokumentari yang disiarkan.
Pada masa yang sama, menerusi kempen ini juga Astro ingin membawa kenangan kepada rakyat Malaysia serta menyuntik elemen sejarah dan kebanggaan dalam generasi muda.
Pelbagai filem-filem menarik yang akan ditayangkan secara percuma antaranya karya terbaik daripada Allahyarham Tan Sri Dr. P.Ramlee, Allahyarham Yasmin Ahmad dan filem pecah panggung yang mendapat kutipan tertinggi di Malaysia iaitu Paskal, Polis Evo 1&2, Munafik 1&2, Ola Bola, The Journey dan Hantu Kak Limah.
Menerusi kempen yang dijalankan ini juga, pelanggan Astro dan NJOI boleh menikmati dokumentari terbaharu Malaysia yang menceritakan pelbagai kisah tentang sukan dan politik yang berlaku di negara ini.
1)Tun Dr. Mahathir : Perjuangan Belum Selesai, sebuah dokumentari mengenang semula pilihan raya umum tahun 2018.
2) Road to Nationhood : Serve & Smash : The Thomas Cup 1992, sebuah dokumentari mengenai perjalanan menuju kejayaan badminton pada tahun 1992.
3) Sapok Biki : The Iban Boxer, menceritakan tentang meletakkan Malaysia di peta antarabangsa untuk tinju.
4) Tiger Resurrected - The Suzuki Cup 2010, menghidpukan semula suasana yang mengagumkan ketika Malaysia berhadapan dengan Indonesia dalam pelawanan akhir Piala Suzuki.
5) At The Equator, We Sing, mengenang kembali lima puluh tahun muzik pop Cina Malaysia.
Sementara itu, menerusi hiburan untuk kanak-kanak, Astro dan NJOI akan menyiarkan tayangan marsthon Upin & Ipin selama tiga hari berturut-turut dan Wizards of Warna Walk.
Sebagai tanda penghargaan kepada semua pelanggan, Astro telah menawarkan siaran percuma saluran Astro di TV, platform 'On Demand' dan Astro Go kepada semua pelanggan mulai 30 Ogos hingga 17 September 2019.
#Malaysiaku