Hiburan

Sempena Hari Lahir Isteri, Shukri Yahaya Beri 'Hint' Nak Tambah Anak

gempak
Zulaikha Yusof
03/01/2019
03:34 MYT
Sponsor Banner
Sempena Hari Lahir Isteri, Shukri Yahaya Beri 'Hint' Nak Tambah Anak
Pelakon Shukri Yahaya membuat dedikasi khas untuk isteri kesayangan, Tya Adnan sempena hari lahirnya hari ini.
Shukri memuat naik beberapa keping foto beserta kapsyen khas yang ditujukan kepada Tya menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.
"Happy birthday sayang @tyaadnan.
"Ayah dan @airaameena sentiasa mendoakan supaya Mommy sentisa diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan lagi rezeki, rezeki 'adik Ameena' jugak maybe, dan selalu ada untuk kami. We love you mommy!" tulis Shukri.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Shukri turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Tya serta mendoakan kebahagiaan keluarga mereka.
Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya berkahwin dengan Tya pada 20 November 2015 di Masjid Tuanku Mizan Abidin, Putrajaya.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Aaira Ameena pada 24 Ogos 2016.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024