Berita
Sempena Khatam Al-Quran, Elfira Loy Bagi Duit Raya Kepada 50 Orang Peminatnya
Pelakon Elfira Loy bersyukur kerana akhirnya dia dapat selesai membaca senaskah al-Quran sehingga khatam di penghujung bulan Ramadan.
Menurut Elfira dia melalui pelbagai cabaran untuk menghabiskan bacaannya dalam tempoh sebulan itu.
“Alhamdulillah Dengan Izin Allah , Jumaat 29 Ramadhan 1441H, El dah berjaya khatam . Syukur Ya Allah. Ramadhan tahun memang mencabar sangat nak khatam sampai rasa nak give up sebab terlalu letih dan tak cukup masa. Being a wife and mother is really a big responsibility.
“Yang masih bujang tu gunakankah masa sebaiknya . Tahun ni, saya cub abaca tafsiran seleaps selesai baca setiap surah sebab itu ambil masa yang lama.
“Hari terakhir itu, saya bangun jam 4 pagi dan mula membaca 4 juzuk terakhir sehingga lepas Asar. Tak lekang telekung mengaji. Perasaannya macam di Mekah, rindunya.
“Masa nak baca lepas itu Rayyan tiba-tiba nak dekat El. Serious rasa nak nangis takut tak sempat khatam. Tapi Alhamdulillah dapat bergilir dengan mama baca al-Quran. Bila Mamam dah khatam, saya pula pulun. Leganya bila sempat khatam,” tulisnya.
Elfira berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Sempena pencapainnya yang berjaya khatam al-Quran itu, Elfira bernazar untuk memberikan duit raya kepada 50 orang pengikutnya di Telegram.
“Seperti yang dijanjikan kepada my telegram family , DiaryElmu , sempena khatam Alquran El harini , saya akan bagi duit raya pada yang juga khatam al-Quran seramai 50 orang . Itu memang nazar El nak khatam.
“Insya-Allah esok saya agihkan. Terima kasih yang bagi semangat dan mendoakan saya,” katanya lagi.
Elfira dan suami, Khairol Faris Anuar disatukan sebagai suami isteri pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata pada Oktober tahun lalu.
Must-Watch Video