Laman Utama
Sempoi Pakai Baju Biasa, Fizz Fairuz ‘Respect’ KJ Buat Lawatan Mengejut Ke Hospital
Semalam tular foto apabila Khairy Jamaluddin atau KJ berpenampilan kasual tanpa kehadiran ramai pengiring telah ‘menerjah’ Hospital Kajang pada hari Sabtu bagi melihat keadaan sebenar di hospital tersebut.
Gaya bersahaja Menteri Kesihatan Malaysia itu membuatkan ramai kagum kerana sikapnya yang rendah diri dan dilihat ‘sempoi’ ketika membuat lawatan.
Antaranya, pelakon Datuk Fizz Fairuz yang menghormati dan memandang mulia usaha KJ untuk memastikan sistem kesihatan Malaysia berjalan dengan baik.
“Saya respect @khairykj sebagai menteri.. kalau boleh saya nak berkerjasama dengan menteri macam ni..
“Tujuan hanya satu, menbantu memulihkan kerjaaan.. tanpa menghiraukan pangkat dan darjat.. syabas YB!” katanya.
Fizz berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Foto KJ membuat lawatan mengejut itu mula tular selepas Ketua Program Akademi Pilihan Raya (APR), Nik Aminudin nns memuat naik gambar kehadiran KJ di hospital itu di akaun Facebook miliknya.
Menurutnya, KJ bersama seorang pegawai dalam diam membuat lawatan tersebut tanpa diketahui oleh orang atasan hospital tersebut.
KJ dilihat berkomunikasi dengan ramai frontliners di situ dan melawat beberapa kawasan di hospital.