Sempoi! Sean Lee Bawa Makan Durian Sambut Birthday Isteri – “Thank You Sebab Hadir Dalam Hidupku”
Gempak
19/07/2024 21:55 MYT
19/07/2024 21:55 MYT
Pelakon dan pengacara Sean Lee sekali lagi mencuri perhatian warganet baru-baru ini.
Sambut Birthday Isteri
Sambut Birthday Isteri
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Sean atau nama sebenarnya Lee Jia Ern, 30, berkongsi momen dia bersama isteri tercinta, Bay Doucet.
Dalam perkongsian tersebut, pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga itu sungguh manis ketika menyambut ulang tahun kelahiran Bay baru-baru ini.
Dalam perkongsian tersebut, pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga itu sungguh manis ketika menyambut ulang tahun kelahiran Bay baru-baru ini.
Bawa Makan Durian
Antara momen-momen manis pasangan sama cantik sama padan itu adalah mereka menikmati durian bersama.
“Malangnya birthday isteri jatuh pada hari kerja suami.
“Walaupun biasa-biasa saja sambutan kali ini, tapi dimana sahaja kamai berada dengan awak semuanya 5 bintang.
“Malangnya birthday isteri jatuh pada hari kerja suami.
“Walaupun biasa-biasa saja sambutan kali ini, tapi dimana sahaja kamai berada dengan awak semuanya 5 bintang.
“Thank you sebab hadir dalam hidupku,” coret Sean.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian pengacara Gimme The Mic itu.
Peminat Cakap Sweet
Rata-ratanya menyifatkan pasangan yang mula bercinta lapan tahun lalu sangat comel dan manis.
Malah, ada juga yang tidak menyangka Sean kini sudah bergelar seorang suami.
Malah, ada juga yang tidak menyangka Sean kini sudah bergelar seorang suami.
“Suka la korang, simple je tapi sweet and just perfect,” tulis peminat.
“Comel la ada vibes drama Chinese dulu-dulu,” komen seorang pengikut.
“Tak sangka Sean dah ada someone to be called isteri,” tulis peminat lain.
7 Julai lalu, Sean memaklumkan dia sudah bergelar suami kepada model, Bay Doucet apabila berkongsi beberapa foto sekitar majlis perkahwinan yang dihadiri seramai 200 tetamu.
ARTIKEL BERKAITAN: Pilih Untuk ‘Low-Key’, Sean Lee Tak Mahu Komen Orang Sekeliling Beri Impak Hubungan Cinta Bersama Bay Doucet
ARTIKEL BERKAITAN: 8 Tahun Jalin Cinta, Sean Lee Tiada Niat Sorok Perkahwinan Dengan Isteri – “Kalau Betul Sayang Tak Perlu Gelojoh”