Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Semua Benda Nak Dikaitkan Dengan Vaksin”- Sunatkan Bayi Lelaki 2 Bulan Dipertikaikan, Fitri Haris Kecewa

Syafiqah Jalal
06/09/2021 10:12 MYT
Penyanyi Fitri Haris kecewa apabila terdapat golongan vaksin yang mempertikaikan tindakannya mengkhatankan bayi lelakinya, Bilal Habibi yang baru berusia dua bulan.

Kata Fitri terdapat golongan anti-vaksin yang mengaitkan khatankan anak lebih awal dengan vaksin Covid-19 yang telah diambil.

“Bila saya buat kenyataan saya takut tak sempat ajal awal ke untuk lihat momen-momen anak berkahatan , ada pula golongan anti-vaksin yang komen kata “takut kesan sampingan vaksin ke tu”.

“Allah sudah-sudah lah hidup dengan ‘your world assumption’. Mati ni bukan sebab vaksin sahaja.

“Apa-apa pun moga Allah memberkati kehidupan kita,” katanya.

Fitri berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Dalam kenyataan lain, bekas ahli kumpulan UNIC itu memberitahu tujuannya mengkhatankan anaknya seawall bayi adalah kerana mahu mengikut sunnah Rasulullah.

“Saya sunatkan Bilal kerana banyak kelebihan antaranya dalam satu hadis Riwayat Al Baihaqi, dari Aisyah… Rasulullah menghkhatankan Hassan dan Hussein seawall umur tujuh hari.

“Sejujurnya saya tak tahu sempat atau tidak untuk melihat momen Bilal sunat jika tunggu lagi 7 hingga 9 tahun akan dating kerana ramai rakan sebaya saya telah pergi selamanya,” terangnya.

Terdahulu, Fitri berkongsi pengalaman bersama pengikutnya mengenai video proses mengkhatankan anaknya di sebuah klinik swasta di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Fitri dan isterinya yang juga merupakan bekas pengurusnya, Fazilah Omar bernikah pada tahun 2019 dan mereka baru sahaja dikurniakan cahaya mata pada Jun lalu.

A post shared by Dr. Fitri Haris (@fitriharisofficial)

#Bayi #Vaksin #Kecam #'Fitri #Haris #Sunat #Anti-Vaksin #Khatan
;