Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

"Semua Bunyi Dengar Macam Dari Belakang" - Misha Omar Alami Gangguan Pendengaran

Asraf Aided
11/06/2021 05:02 MYT
Penyanyi popular, Misha Omar berkongsi tentang masalah pendengaran yang dihadapinya.

Menurut Misha, dia mula mengalami gangguan pendengaran ketika bangun dari tidur pagi semalam, lalu membuatkan dia panik dan bingung.

Perkara itu dikongsi Misha menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya yang disertakan bersama sebuah video nyanyian.

"Hari ini (semalam), saya bangun tidur dalam keadaan panik dan bingung gara-gara telinga kanan saya tidak berada di tahap yang optimum.

"Semua bunyi kedengaran seolah datang dari belakang, risau kan?" tulisnya.

Tambah Misha, dia telah dibawa oleh suaminya berjumpa doktor untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masalah itu.

Dia juga sempat menghubungi kakaknya, Mimie omar untuk mendapatkan sokongan dan nasihat.

"Alhamdulillah, suami dah bawa saya jumpa doktor dan dah dapat jawapan kepada persoalan ini.

"Sempat juga video call dengan @mimieomar, biasalah adik ni kalau sakit ke apa, tau lah cari kakak.

"Kata dia, 'pendengaran pun pinjaman, doktor kata Insya-Allah akan baik dalam dua atau tiga hari, situasi tetap akan jadi situasi sama ada baik atau buruk itu semua ujian setiap orang tak sama.

"Kalau kau positif, hasilnya jadi positif, tapi kalau risau tak tentu pasal malah lebih buruk'," kongsinya lagi (nasihat Mimie).

Setelah itu, Misha seakan lebih tenang dan lega kerana kakaknya benar-benar mahukan dia berfikiran positif.

Entri tersebut mendapat perhatian daripada wargamaya yang mengikutinya.

Rata-rata mereka meninggalkan respon positif dan memberi kata-kata semangat kepada penyanyi lagu Sampai Bila ini.

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)



#Misha Omar #Gangguan #Masalah #Masalah Pendengaran #Pendengaran
;