Isteri pendakwah bebas Dai' Farhan, Noorainul Naqim Mohd. Radzi meluahkan rasa kesal terhadap segelintir manusia yang tidak patuh dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kata Noorainul, 40, atau lebih dikenali dengan panggilan Dr. Erin, rata-ratanya menggunakan urusan kerja sebagai alasan untuk keluar dari rumah.

"Kami dok perati ja jalan ni hari-hari. Siang pasti jem ramai juga pergi kerja walaupun PKP..

"Tadi pergi pejabat ambik barang sat kat bawah rumah ja so pakai niqab ja mask simpan bila perlu..Tengok ramai juga orang mai pejabat kerja..

"Tanya depa boleh ka mai kerja jauh-jauh ni..Depa kata boleh kalau ada benda penting..Oh lagu tu..

"Kalau lagu tu kami semua pun nak mai kerja juga sebab bisnes kami pun penting juga," tulisnya di Instagram (IG).



Dalam pada itu, Dr.Erin berpendapat lebih baik memberi bantuan dari segi kewangan daripada barangan kepada golongan yang terjejas sepanjang Covid-19.

Jelas Dr.Erin, selain untuk membeli keperluan, duit boleh juga digunakan ketika waktu kecemasan.

"Pastu ada org tanya saya, saya takmau bagi bantuan barang keperluan ke kat kampung? Saya bukan artis, NGO atau public figure.

"Pada saya kalau kita nak sedekah dalam talian pun boleh bank in ja duit kat depa sebab lani depa ada IG boleh DM mesti depa ada online bank in.

"Depa lagi tau barang apa depa nak beli ikut keperluan masing-masing, kalau semua dok pakat bagi beras bertimbun tapi tak boleh guna kalau nak beli ubat anak sakit ka emergency nak guna duit ka.

"Pada saya bagi cash lebih afdhal.. Dalam online ni kita bagi orang tak nampk la tapi takpa janji yang penting niat kita..

"Jangan ingat orang kaya ja boleh sedekah.. Kita yang tak berapa nak ada ni kalau nak kaya time ni la rebut peluang, sedekah banyak-banyak walapun kita kena kongsi bahagian kita yang tak berapa nak ada tu..

"Walaupun nanti kita anak beranak tak cukup makan tapi insya-Allah Allah pasti cukupkan dan gantikan dengan lebih nikmat yang kita tak sangka.

"Sebab orang miskin kalau dia memberi dari hak dia sendiri lagi bernilai di sisi Allah, sebab tu kita diajar untuk memberi benda yang paling kita sayang.

"Yang kaya tu memang kena bagi la sebab harta orang kaya tu memang dah ada bahagian orang miskin memang wajib dia bagi pada orang yang memerlukan," tulisnya lagi.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 14 April 2020, di seluruh negara.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!