Sambil menonton, sambil ‘cuci mata’, mungkin itu jugalah yang tanggapan kebanyakan peminat drama yang menonton Hati Yang Dikhianati.

Senang kata, semua pelakon Hati Yang Dikhianati semuanya kacak, hensem dan terkenal.

Menariknya barisan jejaka-jejaka ini terdiri daripada pelakon baru dan lama.

Berikut merupakan pelakon kacak yang membarisi Hati Yang Dikhianati!

#1 Samir (Malek Mccrone)

Watak Samir merupakan anak kepada Dato Ghafar, abang sulong kepada Athira.

Dihantar untuk bekerja di Sarawak kerana Elyas (Amar Baharin) yang lebih disayangi oleh bapanya.

The prodigal son dan apa yang dimahukan sepanjang hidupnya ialah membuktikan kemampuan dirinya kepada bapa.

Cemburu dengan Elyas dan mahu hidup Elyas untuk dimusnahkan

In real life: Malek Mccrone merupakan antara model catwalk yang terkenal di Asia Tenggara dan juga bekas atlet berbasikal negara. Tinggi 183cm, berdarah campuran Kanada dan Melayu.

#2 Syafiq (Nabil Aqil)

Watak Syafiq merupakan anak terbiar yang tinggal bersama ibu saudara yang gemar mendera.

Dia mempunyai gaya yang agak ganjil dan membuatkan orang luar merasakan dia seorang anak yang bermasalah.

Syafiq gemarkan perkara-perkara yang mencabar, namun hidupnya tidak dilayan kerana reputasi-reputasi sebelum ini.

In real life: Hero remaja 2017 dan juga hero di mata ramai gadis.



#3 TJ (Adam Malek)

Watak TJ merupakan anak kepada Amir dan seorang pemilik kafe.

Anak lelaki muda yang sukakan kehidupan yang mencabar dan samseng. Malah TK bijak merencana kecurian kereta.

Karakternya ganas, sukar dijangka dan juga sociopath.

Ini antara sebab mengapa dia dia ditinggalkan Baby.

In Real Life: Adam Malek merupakan seorang penyanyi yang pernah bertanding di All-Together Now, pernah membintangi megadrama “Biar Mereka Cemburu” dan telah merilis sebuah music video bertajuk “Lara” .

#4 Datuk Ghafar (Sahronizam Noor)

Seorang yang gigih dan well-off. Mempunyai dua orang anak iaitu Athira dan Samir, juga empunyai soft spot untuk anak perempuannya.

Datuk Ghafar mempunyai hubungan yang dingin dengan isterinya, has strings of affair.

Datuk mahu menghapuskan Elyas tetapi tindakannya terhenti kerana rasa kasih dan sayangnya terhadap Athira, anaknya. Athira tidak mahu melihat Elyas mati.

In Real Life: Suami kepada penyanyi terkenal Safura . Terkenal dengan lakonan dan karakter jantannya. Juga merupakan pelakon teater yang disegani.

#5 Dr Fadlan (Afiq Muiz)

Merupakan doktor di hospital Lisa bekerja dan meminati Lisa dari awal tetapi tidak dilayan.

Seorang yang gigih dan jujur, selalu menyokong tindakan Lisa kerana percaya kepadanya.

In Real Life: Afiq Muiz merupakan pelakon dan model serta abang kepada pelakon Aishah Azman. Mula dikenali sejak membawakan watak polis dalam drama siri polis terkenal.

Apapun, saksikan Drama adaptasi telenovela popular Mis Tres Hermanas ini yang disiarkan menerusi slot Tiara Astro Prima setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang.

Hati Yang Dikhianati dibintangi oleh Isyariana, Amar Baharin, Malek Mccrone, Mona Allen, Zamarul Hisham, Shah Iskandar dan Mia Nasir.

A post shared by Bambam Studios (@bambam_studios)