“Semua Iklan Malaysia Memang Kena Ada Ayda Jebat Ke?” – Ada Yang Menyampah, Ini Jawapan Tuan Punya Badan
Fiza Kamarudin
05/06/2021 07:20 MYT
05/06/2021 07:20 MYT
Semalam menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna telah menulis ciapan meluahkan rasa tidak puas hati melihat wajah Ayda Jebat yang terpapar di kebanyakan iklan dalam negara.
“Naik menyampah pulak semua ad mehsia ni memang kena ada ayda jebat ke? (Naik menyampah pula semua iklan Malaysia ni memang kena ada Ayda Jebat ke?),” tulis pengguna tersebut disertai emoji loya.
Ayda bagaimanapun tidak melenting dengan ciapan tersebut malah telah menjawabnya dengan tenang dan profesional.
“Salam. Rezeki saya…rezeki awak belum tahu lagi, mungkin lebih dari saya, awak je tak nampak. Relax…kalau tak suka skip je tau. Awak menyampah tapi orang lain & client suka. Hehe! Jangan toxic sangat. Ok bye primadonaaa! Gitcheww,” tulisnya.
Sementara itu pada bebenang hantaran tersebut, rata-rata peminat bersetuju dengan jawapan diberikan Ayda.
Mereka turut meminta Ayda mengabaikan komen daripada ‘haters’.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.