VIRAL
Semua Kena Prank, Lelaki Meraung Isteri Maut Dirompak, Padahal…
Aksi tangisan dan raungan seorang suami yang kematian isteri ternyata hanya sandiwara. Wadison Pasaribu, 37, meratapi jenazah isterinya, Petry Sihombing, 35, yang maut kerana dirompak. Lelaki itu juga menghantar dan melihat isterinya dikebumikan dengan rasa sayu.
Hakikatnya lelaki tersebut yang membunuh mangsa, lapor Kompas.
Menerusi kronologi kes, video Wadison meraung sambil mencium baju isterinya yang baru dikebumikan menjadi tular. Ramai yang simpati dengan kejadian tersebut sebelum perasaan itu bertukar marah kerana lelaki itu sebenarnya yang telah melakukan jenazah kejam terhadao wanita tersebut.
"Pulang dari hospital dia menangis-nangis (di depan jenazah). Tapi kita tidak tahu itu tangis kesedihan, penyesalan atau sandiwara," kata kakak suspek kepada media tempatan.
Namun waktu itu belum ada yang mengesyaki perbuatan jenayah lelaki dua anak itu. Sehingga dia telah menjalani siasatan dan keluarga mereka sedar bahawa Wadison yang sebenarnya telah membunuh Petry kerana memberi kenyataan ‘berbelit-belit’.
Sempat tidak mengaku perbuatannya, lelaki itu namun mengalah. Dia kemudian mendedahkan telah mencipta cerita tipu mengenai isterinya telah dirompak sebelum meninggal dunia.
“Dia cuba mencipta alibi bahawa isterinya maut kerana dirompak. Tapi keterangan yang diberi berbelit-belit. Jadi kami curiga,” ujar sumber keluarga.
Ironi Wadison yang mengambil nyawa isterinya dengan mencekik sehingga mati. Lelaki itu kemudian berpura-pura untuk membunuh dirinya sendiri dengan menggunakan plastik dan karung di kepala.
Wadison kini telah ditangkap polis namun pihak berkuasa tempatan belum memberi butiran rasmi tentang kejadian sebenar.