Terkini

“Semua Maksiat Dia Support” - Ini Sebab Kenapa Netizen Marah Sangat Dengan Aliff Syukri

Gempak
18/03/2024
03:55 MYT
Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menyorot perhatian netizen selepas menampilkan pelakon Ruhainies menerusi kandungan-kandungan di platform media sosial miliknya.
Jika sebelum ini dia memuat naik ‘wawancara’ ringkas bersama dramatis itu ketika kes khalwat masih hangat diperkatakan, kali ini, Aliff mengundang Ruhainies untuk mempromosikan tas tangan yang direka olehnya. Tentunya, tindakan Aliff Syukri mengundang maklum balas daripada wargamaya, khususnya pengguna Instagram.
Selain dikritik, ada di antara netizen yang menyeru supaya orang ramai memboikot Aliff Syukri dan melabelkan apa yang dikongsikan sebagai sampah.
Tidak kurang, ada yang menempelak Aliff Syukri kerana didakwa menyokong perkara-perkara yang tidak baik.
Terdahulu kecoh dalam kalangan rakyat Malaysia apabila Ruhainies dikatakan berkhalwat dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz.
Begitupun, masing-masing tampil membela diri dan mengakui yang mereka tidak melakukan perkara tersebut di rumah Ruhainies.
Susulan daripada itu, Bella Astillah iaitu isteri kepada Aliff nekad memfailkan cerai di mahkamah beberapa hari selepas kejadian berkenaan.

BERITA TRENDING: “Siapa Kita Untuk Menghukum Mereka” - Risteena Tunjuk Bukti Mesej Dengan Ruhainies, Jawi Bukan Sampai Jam 3…

BERITA TRENDING: Kes Khalwat, Ruhainies Tampil Cerita Kronologi - “Hanya Ajak Makan Bersama Keluarga, Tak Buka Pintu Sebab…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Isu Pelakon Berskandal Di Set Shooting, Osman Ali; "Pengarah Ada Hak Menegur Tapi Ada Batas"

gempak
22/07/2024
07:55 MYT
Sutradara terkenal tanah air, Osman Ali, 51, berpendapat pengarah drama atau filem mempunyai hak untuk memberi teguran serta peringatan kepada  pelakon dan kru produksi agar membataskan pergaulan di set penggambaran bagi mengelakkan isu skandal daripada berulang.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Hiburan

Ruhainies Kongsi Tips Kekal Sabar & Tenang - "Allah Kurniakan Saya Dengan Rezeki Banyak, Disayangi Ramai"

gempak
09/07/2024
01:58 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies terus dihenyak warganet selepas tular kisah kontroversinya membabitkan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz dan bekas isteri, Bella Astillah.
Hiburan

“Top Up Beli Eye Mo Lebih Sis” - Sarah Yasmine Sindir Ruhainies Lagi?

gempak
07/07/2024
01:07 MYT
Selepas mencetuskan kegemparan seantero Malaya gara-gara pengakuan sebagai kekasih gelap aktor sensasi Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat wanita bernama Sarah Yasmine pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

"Lebih 10 Tahun Berkhidmat, Tak Pernah Lihat Pasangan Senyum Sebab Kes Khalwat" - Staf Agensi Agama

gempak
05/07/2024
23:47 MYT
Seorang individu dipercayai kakitangan agensi agama meluahkan rasa hairan apabila melihat gelagat selebriti yang tersenyum lebar dan seolah-olah gembira ketika hadir ke mahkamah atas pertuduhan khalwat.