“Semua Maksiat Dia Support” - Ini Sebab Kenapa Netizen Marah Sangat Dengan Aliff Syukri

Gempak
Mac 18, 2024 03:55 MYT
Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menyorot perhatian netizen selepas menampilkan pelakon Ruhainies menerusi kandungan-kandungan di platform media sosial miliknya.
Jika sebelum ini dia memuat naik ‘wawancara’ ringkas bersama dramatis itu ketika kes khalwat masih hangat diperkatakan, kali ini, Aliff mengundang Ruhainies untuk mempromosikan tas tangan yang direka olehnya.
Tentunya, tindakan Aliff Syukri mengundang maklum balas daripada wargamaya, khususnya pengguna Instagram.
Selain dikritik, ada di antara netizen yang menyeru supaya orang ramai memboikot Aliff Syukri dan melabelkan apa yang dikongsikan sebagai sampah.
Tidak kurang, ada yang menempelak Aliff Syukri kerana didakwa menyokong perkara-perkara yang tidak baik.
Terdahulu kecoh dalam kalangan rakyat Malaysia apabila Ruhainies dikatakan berkhalwat dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz.
Begitupun, masing-masing tampil membela diri dan mengakui yang mereka tidak melakukan perkara tersebut di rumah Ruhainies.
Susulan daripada itu, Bella Astillah iaitu isteri kepada Aliff nekad memfailkan cerai di mahkamah beberapa hari selepas kejadian berkenaan.

BERITA TRENDING: “Siapa Kita Untuk Menghukum Mereka” - Risteena Tunjuk Bukti Mesej Dengan Ruhainies, Jawi Bukan Sampai Jam 3…

BERITA TRENDING: Kes Khalwat, Ruhainies Tampil Cerita Kronologi - “Hanya Ajak Makan Bersama Keluarga, Tak Buka Pintu Sebab…”

#Ruhainies #Aliff Syukri