Hiburan
"Semua Mereka Buat Asalkan..." - Aliff Syukri Puji Abby Abadi & Suami
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri memuji semangat pelakon Abby Abadi dan suaminya, Faizal Zakaria dalam urusan kerja.
Aliff yang pernah bekerjasama dengan Abby dan Faizal menerusi beberapa projek sebelum ini turut memuji kejujuran pasangan itu.
"Nantikan projek terbaru kami, Alhamdulillah bukan senang nak jumpa orang boleh buat kerja dengan jujur, saya senang betul kerja dengan @jaiezzany dan @abby_abadi112, kalau saya bagi job semua settle dengan jayanya, ikut dateline," tulis Aliff di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Aliff juga memuji Abby dan suaminya yang pandai menguruskan pelbagai jenis pekerjaan.
"Saya salute semangat mereka cari duit, semua mereka buat asalkan halal dan berkat.
"Sekarang tengah bincang nak bagi job baru, so kalau korang nak buat CCTV, playground, seni bina boleh cari mereka ni okay!" tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata wargamaya meninggalkan respon positif selepas membaca perkongsian itu.
Pada masa yang sama, ramai ada juga yang mengucapkan tahniah kepada Abby dan suami.