Pelakon, pengacara dan usahawan jelita, Neelofa bukanlah seorang yang sering menyelitkan ayat-ayat manis di Instagram miliknya itu. Tetapi sesekali dia cuba untuk tidak terlalu serius apabila meletakkan kepsyen.

Terbaru dia menulis sesuatu yang agak 'sweet' sehingga mengejutkan segelintir peminatnya yang menganggap hati Neelofa mungkin sedang berbunga ketika ini.

"Looking into our future together," tulisnya pada dua keping gambar sedang menggunakan teropong yang dimuat naik ke Instagram miliknya.

Seperti mengagak maksud Neelofa itu, pelakon, pelawak dan pengacara Zizan Razak mengambil peluang mengusik Neelofa di ruangan komen pada gambar tersebut.

"Thanks awak 2021?? Hahahaha," usik Zizan dan komen ringkas itu sahaja sudah mendapat 723 Likes.



Komen pelakon Polis Evo tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat.

"Go get yourself a real women already la zizan. Asyik berfoya je kawennya tak juga," tulis kiddayz

"Semua mu nak," seloroh moemasriwarren.

Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan semoga ada jodoh di antara mereka berdua.

Looking into our future together ?

A post shared by Neelofa (@neelofa) on


Sepanjang kariernya hingga kini, Zizan sering dikaitkan bercinta dengan beberapa pelakon wanita jelita seperti Emma Maembong, Juliana Evans dan Mira Filzah tetapi kesemuanya kini sudah berkahwin termasuklah Mira Filzah yang bakal melangsungkan perkahwinannya tidak berapa lama lagi.