Semua Pakat Makan Hati YB Nurul Izzah Bergambar Dengan Siwon

Amri Hassan
Ogos 9, 2018 15:14 MYT
Terima hakikat atau tidak, ramai yang meluahkan rasa cemburu terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Nurul Izzah Anwar yang sempat bergambar dengan bintang Kpop terkenal, Choi Siwon semalam.
Menerusi laman media sosial peribadinya, Izzah telah memuat naik beberapa keping gambar bergambar bersebelahan dengan ahli kumpulan Super Junior itu.
"Delightful moments and nice discussion on the issue of bullying.
"Isu buli dalam apa medium sekalipun, adalah isu yang harus diberi perhatian secara keseluruhan.
"Antara ahli panel ialah Lisa Surihani, Choi Siwon selaku wakil UNICEF," tulisnya di Twitter.

Delightful moments and nice discussion on the issue of bullying. Isu buli dalam apa medium sekalipun, adalah isu yang harus diberi perhatian secara keseluruhan. Antara ahli panel ialah Lisa Surihani, Choi Siwon selaku wakil UNICEF. pic.twitter.com/9YTNerqS1N

— YB Nurul Izzah Anwar (@PmtgPauhP044) August 8, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bukan hanya Izzah, Instagram Lisa Surihani turut dihujani pelbagai komen daripada peminat setia Siwon.
Siwon hadir ke Malaysia beberapa hari lalu sebagai wakil UNICEF untuk berkongsi mesej kesedaran tentang isu buli.
Sebelum ke Malaysia, Siwon singgah di beberapa negara lain antaranya Brunei, Filipina dan Thailand untuk melaksanakan misinya.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @n_izzah
#Viral #Super Junior #Kpop #Viral #Choi Siwon #Nurul Izzah Anwar