Sempena menyambut Maulidul Rasul, pelakon Sharifah Sakinah meluangkan masa bersama anak-anak tahfiz dengan membawa mereka menonton filem seram, Pusaka

Menurut Sakinah, naskhah berkenaan merupakan filem yang bagus kerana ia mengingatkan umat Islam tentang kebesaran Allah.

“Salam Maulidur Rasul. Hari ini saya habiskan masa dengan membawa pelajar tahfiz menonton filem Pusaka.

“Ia filem yang bagus yang mengingatkan kita tentang kebesaran Allah SWT, iman kita serta djin yang tidak boleh dilihat. Ia mempunyai tema yang menarik antara keimanan dan balas dendam. Kedengaran menarik, kan?

“Saya berbangga dapat membawa mereka menyokong filem tempatan yang diarahkan oleh pengarah hebat, Razaisyam.

“Salam Maulidur Rasul! Swipe muka dorang before tengok movie swipe lagi muka dorang lepas tengok movie. Semua pucat biru kat third picture,” tulisnya.

Sakinah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian terbabit, dia memuat naik fotonya bersama pelajar-pelajar tahfiz.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji sikap prihatin dan pemurah Sakinah.

Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

Salam maulidur rasul. Today I'm gonna spend masa with Tahfiz students watching movie Pusaka. It's a good movie that reminding us of kebesaran Allah SWT, our faith and the unseen Djin. It got a nice theme between faith and revenge. Sounds interesting right? I'm so glad I bring these kids to support local movie directed by the awesome director @razaisyam Salam Maulidur Rasul! Swipe muka dorang before tgk movie swipe lagi muka dorang lepas tgk movie . Semua pucattt biru kat third picture . @astroshaw @alpha47films

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on