Skip to main content

Viral

“Semua Serius, Aku Je Terkinja-Kinja” - Altimet Throwback Rekod Lagu Eh, Rupa-Rupanya Zizi Kirana…

altimet-zizi-kirana-eh-ajl35.jpg
Penyanyi rap terkenal Malaysia, Altimet mengimbas kembali kenangan sewaktu proses pembikinan lagu Eh yang dinyanyikan oleh Zizi Kirana.
 
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Altimet mendedahkan Zizi merupakan orang pertama yang percaya hasil karyanya.
 
“Aku belanja throwback sikit. Ni setahun setengah yang lepas masa kami rekod lagu #Eh. Semua orang serius, aku je terkinja-kinja teruja sebab aku rasa lagu ni menjadi ngam teruk masa tu.
 
“Orang yang pertama percaya kat aku sebagai penulis lirik untuk lagu orang lain ialah @zizi_kirana. Terima kasih. Bangga dengan awak sis. Lagu baru awak sikit lagi siap,” tulisnya
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Altimet (@altimet)

 
Terdahulu, Zizi Kirana telah dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Eh di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang berlangsung pada Ahad lalu.
 

Advertisement

Must-Watch Video