Vokalis kumpulan Slam, Zamani, mengakui kehidupannya kini lebih bermakna dengan kehadiran isteri, Nur Juliana Abdul Rani, 36, yang dikahwini pada 20 September lalu.
"Alhamdulillah, semuanya bagus. Makan dan pakai saya terutamanya pakaian show terjaga sekarang.
"Status Juliana masih lagi sebagai pengurus peribadi saya. Dia akan jaga dari sudut peribadi iaitu penampilan saya.
"Saya dah tak perlu fikir semua ini sekarang dan serahkan kepadanya untuk buat yang terbaik," katanya.
Zamani berkata, mereka juga tiada masalah untuk membentuk persefahaman dan menyesuaikan diri kerana sudah saling mengenali selama 14 tahun.
Pasangan pengantin baru itu juga akan mengerjakan umrah pada 30 Oktober dan pulang awal November.
Selepas itu, mereka merancang untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan buat keluarga dan rakan, pihak media serta peminat.
Dalam perkembanga lain, selepas lebih dua minggu berehat Zamani akan membuat kemunculan pertama di khalayak ramai menerusi showcase solonya yang akan berlangsung di Uncle Chilli's, Hilton PJ, Petaling Jaya pada 6 Oktober nanti.
"Saya memang berdebar menanti respons peminat terhadap persembahan ini.
"Ia adalah penampilan pertama saya selepas bergelar suami dan tak dinafikan perasaan saspens memang ada."Persembahan saya akan diiringi oleh pemuzik undangan dan kami sudah mula berlatih sekarang," katanya kepada Harian Metro.
Tiket untuk menonton persembahan berkenaan dibahagikan kepada dua kategori iaitu RM88 dan RM148 (termasuk sesi meet & greet) dan boleh ditempah menerusi www.airasiaredtix.com.
Fiza Kamarudin
Fri Oct 04 2019
Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”
“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk. Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan. Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difaham
Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?
‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?
Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.